Friday, May 14, 2010

sek men buloh kasap



sek. men buloh kasap ini adalah sekolah menengah yang paling hampir dengan Kg Tandong. sesi pembelajaran yang disediakan adalah untuk pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Terletak di atas bukit, suasana tenang memudahkan pelajar menuntut ilmu.

Klinik Kesihatan....

agak-agak kalau klinik kesihatan ini tiada, macam mana keaadaan penduduk Kg Tandong dan semua penduduk Buloh Kasap khasnya?susahkan kalau klinik kesihatan tak ada. Klinik Kesihatan Buloh Kasap ini terletak di Jalan Tasek Alai. Tidak lah jauh sangat dari Kg Tandong, hanya memerlukan kurang dari 10min untuk ke klinik ini. kalau rasa kurang sihat, cepat-cepat ke klinik kesihatan buloh kasap..pemeriksaan percuma =)

kilang mee

Di Kg Tandong ada sebuah kilang mee. Waktu operasinya adalah dari jam 8pg hingga 3ptg.Pproduk kilang ini adalah mee kuning. Ketika penulis ingin membeli mee di sini, harga yang diberikan adalah rm1.30 untuk sekilogram mee.Pekerja di kilang mee ini tidaklah ramai hanya 3 orang sahaja dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.

masjid jamek buloh kasap



Pada masa dahulu, masjid Buloh Kasap merupakan salah satu masjid terbaik dalam daerah Segamat. Orang penting dalam pembinaan sebuah masjid yang terbaik di dalam daerah Segamat pada tahun 1920-an adalah Dato' Abdullah bin Mahat, Penghulu Mukim Buloh Kasap. Lantai Masjid Buloh Kasap diperbuat dari batu marmar yang diimport dari luar negara. Kedudukan masjid ini yang berhampiran dengan jalanraya Segamat-Gemas dan berhampiran dengan pekan Buloh Kasap memudahkan para musafir dan penduduk setempat khususnya untuk berkunjung ke masjid ini. Kerajaan telah mengubahsuai masjid Buloh Kasap ini dengan bentuk baru yang lebih menarik dan bangunannya diperbesarkan lagi bersesuaian dengan pertambahan penduduk Islam di beberapa buah petempatan di sekitar Buloh Kasap.

Kini, Masjid Buloh Kasap ini dikenali sebagai Masjid Jamek. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid ini antaranya adalah sambutan maulidur rasul, awal Muharram, khatam Al-Quran, majlis tahlil dan bacaan Yassin pada setiap malam jumaat dan seumpamanya.

Tabika (KEMAS)




Ini adalah tempat pendidikan awal kanak-kanak dan tempat pembelajaran yang paling hampir dengan Kg Tandong.Taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA KEMAS) ini menyediakan program pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun.kanak-kanak di tabika ini diberikan pendidikan berkonsepkan 3M- membaca, mengira dan menulis.

'Buloh Kasap'


Buloh Kasap?peliknya nama...tapi macam mana boleh dapat nama Buloh Kasap ni?haa..kalau nak tahu, bacalah post ni sampai jumpa ni =).selamat membaca..

Buloh Kasap terletak di daerah Segamat, di bahagian utara negeri Johor. 'Buloh Kasap' merupakan salah satu tempat di daerah Segamat yang menjadi mahsyur dan terkenal di kalangan ahli-ahli sejarah. Dari sumber dan rekod yang dipertanggungjawabkan, daerah Segamat mula didatangi orang pada tahun 1511.(Utusan Zaman, 21.07.1998).


Sejarah pembukaan dan nama Buloh Kasap terbit daripada nama buluh yang tumbuh dan hidup subur di suatu kawasan berhampiran dengan jambatan panjang yang menyeberangi Sungai Muar. Kawasan yang dimaksudkan ialah jalanraya Gemas ke Segamat. Rumpun-rumpun buluh yang dikatakan itu ialah 'Buluh Kasap', maka bersempena dengan buluh itulah tempat ini dinamakan 'Buluh Kasap'. (Temubual dengan Hj. Sulaiman Dato' Hj Abdullah, Buloh Kasap,21.07.1998).

Istimewanya Buluh Kasap ini adalah buluh ini tidak tumbuh di tempat lain sekitar daerah Segamat. Bentuk buluh ini juga berlainan dengan buluh yang lain kerana berukuran sebesar ibu jari kaki sahaja dan jarak anatara ruas ke ruas yang lain lebih kurang 1.5 meter. Buluh ini digunakan oleh Orang Asli untuk membuat sumpitan.(Ibid). Lokasi Buloh Kasap yang terletak berhampiran Sungai Muar menjadikannya sesuai sebagai laluan pengangkutan bagi barang dagangan menuju ke Muar. (Temubual dengan Hj. Hussin Abbas, Buloh Kasap, 20.08.1998). Petempatannya sangat strategik kerana kedudukan tanahnya agak tinggi dari aras sungai dan terhindar dari banjir. Malah tatkala banjir besar, hanya beberapa buah kampung sahaja di dalam Buloh Kasap yang terjejas. Pekan Buloh Kasap itu sendiri tidak dilimpahi air. Buloh Kasap diduduki oleh penduduk asal tempatan dan mereka yang berasal dari Melaka. Terdapat juga penduduk yang berhijrah ke sini datangnya dari Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sumatera (Indonesia). (Temubual dengan Khadijah bt Dato' Hj. Abdullah, Batu Anam, 20.07.1956).

Pekan Buloh Kasap dikelilingi Kampung Tandong, Kampung Kuala Tandong, Kampung Batu Lima, Kampung Teluk Kelubi, Kampung Kuing Patah, Kampung Bukit Tangkong, Kampung Sanglang, Kampung Bukit Keman, Kampung Setesen, Kampung Serdang, Kampung Batu Bakar, Kampung Paya Lanjut, Kampung Kuala Paya, Kampung Serakek dan Kampung Sepinang. Hampir kesemua kampung tersebut dihuni oleh bangsa Melayu.

macam mana dengan penerangan di atas? harap-harap memuaskan hati pembaca..akhir sekali,terima kasih kerana membaca post ini =).



Wednesday, May 5, 2010

Sek Agama yang paling dekat...


Sek. Agama Buloh Kasap ini terletak bersebelahan dengan Masjid Buloh Kasap. Sekolah ini menyediakan sukatan pembelajaran bagi pelajar darjah satu hingga darjah khas. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di Kg Tandong, mereka mengambil masa lebih kurang 2o minit dengan berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah agama.

asrama desa...

Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap menyediakan kemudahan asrama bagi pelajarnya yang berusia 10 tahun hingga 12 tahun. Kemudahan asrama ini memberi peluang kepada penghuni-penghuninya untuk belajar berdikari dari menyiapkan diri dan keperluan untuk ke sekolah hingga ke pembentukan sahsiah. Mereka akan diberikan jadual waktu yang mesti dipatuhi dan mereka dipantau dari semasa ke semasa oleh warden asrama. Kemudahan asrama ini merupakan alternatif yang terbaik bagi para pelajar yang mempunyai masalah pengangkutan dan masalah pembelajaran.

Friday, April 30, 2010

SK Buloh Kasap


Ini adalah Sek. Keb. Buloh Kasap. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan Buloh Kasap. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang paling hampir dengan Kg Tandong. Sekolah ini sedang diubahsuai untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat di sekolah ini.

Friday, April 23, 2010

lokasi???

Terlupa pula nak beritahu lokasi Kg Tandong.Kg Tandong ni terletak dalam mukim Buloh Kasap, daerah Segamat, Johor. kalau naik teksi atau bas, masa yang di ambil dr Kg Tandong ke bandar hanya 15-20 minit. tak lama sangat kan....kalau naik teksi kadar tambang yang dikenakan adalah rm2.00 dan bas pula rm1.40,mahal ke?okay kan...bas tu bas segamat-buloh kasap,bas Yow Hoe..jangan tersalah naik bas pula nanti pergi ayer hitam pula. Lokasi Kg Tandong memang strategi, ada balai raya, tadika KEMAS. Sekolah menengah dan bailai polis juga terletak berhampiran dengan Kg Tandong. Sekolah Rendah, klinik kesihatan dan pekan Buloh Kasap terletak jauh sedikit dari Kg Tandong. Warung makan juga terdapat di Kg Tandong.

Tuesday, April 20, 2010

balai raya..






Kemudahan yang paling hampir dengan Kg. Tandong adalah balai raya. Balai raya ini merupakan simbol utama bagi Kg. Tandong. Untuk mengetahui lokasi Kg. tandong, cari balai raya ini, maka di situlah terletaknya Kg. Tandong. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di balai raya ini adalah program sakinah dan majlis perkahwinan. Balai raya ini juga merupakan tempat tinggal sementara bagi mangsa banjir dari kawasan yang berhampiran. Balai raya ini turut menyediakan kemudahan gelanggang badminton dan bagi sesiapa yang berminat untuk bermain badminton silalah berkunjung ke balai raya ini.

Tuesday, March 23, 2010

kampungku...

Kg Tandong..inilah nama kampung aku. Seronok ke tinggal kat kampung?mestilah seronok...tak tahu nak cakap camne.nak tahu kenapa??kenalah buka blog ni hari-hari sebab keseronokan itu akan dikongsi bersama dalam blog ni..sabar tau =)